Thursday, June 24, 2010

pagi jangan datang





pagi jangan datang

kalau pagi datang

bintang malam terbang


pagi pergi pulang

biar bulan terang

bulan kian mengambang


pagi jangan datang

mimpi masih panjang

mimpi jangan pulang


pagi pergi pulang

malam masih sayang

masih mahu bayang


pagi jangan datang

aku belum mahu pulang


-take care and blessed be-

Wednesday, June 23, 2010

mungkin sepi sampai mati



-take care and blessed be-

mahu atau tidak













apa yang kamu lihat...selalunya berbeda dengan apa yang kamu MAHU lihat..
apa yang kamu dengar...kapan tidak sama dengan yang kamu MAHU dengar..
jadi apa MAHU mu?
itulah yang kamu harapkan

maka jangan percaya apa yang kamu lihat dan kamu dengar
percaya apa yang kamu MAHU lihat dan dengar
sampai satu masa..kamu sudah tidak MAHU untuk MAHU sesuatu..
dan saat itu..kamu akan mula menerima apa yang kamu lihat dan dengar..
pancaindera bukan ilusi
tapi akal sering berfantasi
dan hati sering menjadi falasi

-take care and blessed be-

seuntai kata untuk dirasa



bila akal mula berlari,
dan jari jemari menari nari,
bibir terkunci,
lidah tersimpul rapi..

-manifestasi appresiasi diri. SALAM .